Lauk pembuka selera dan pemusnah diet anda. Sotong goreng kunyit bersama petai. Mendengar namanya saja bisa menitik air liur ini.

Rasa jangan disoal lagi. Memang terbaik. Paling sedap dijadikan lauk makan dengan nasi putih. Makan tengah hari dengan sotong goreng kunyit petai sangat sedap.

Bersotong pada tengah hari. Konfirm bertambah makan nasi. Imah Rahman telah berkongsikan resepinya di laman Facebook. Dan tidaklah hairan resepi ini mendapat perkongsian ramai kerana memang rasanya sungguh enak.

Jom buat resepinya!

Resepi Sotong Goreng Kunyit Petai

sotong masak kunyit

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sotong,
  • Petai,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Cili padi,
  • Kunyit hidup/serbuk,
  • Serai sebatang.

Cara-cara :

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan sedikit kunyit.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk dengan sebatang serai sehingga wangi dan naik minyak.
  3. Kemudian masukkan sotong dan petai. Gaul hingga rata.
  4. Masukkan pula garam, gula dan sedikit asam jawa.
  5. Jika sudah secukup rasa boleh tutup api. Jangan masak terlalu lama,nanti sotong akan liat dan petai akan layu.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sotong goreng kunyit petai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.