Soto dikatakan berasal dari Indonesia yang kemudiannya mula mendapat tempat di Singapura dan Malaysia. Kalau di Malaysia, soto lebih popular di Johor berbanding negeri lain. Ianya sering di sajikan sebagai hidangan sarapan pagi. Ada soto ayam dan soto daging. Cara memasaklah lebih kurang seperti masak sup. Namun rasanya lebih ‘rich’ disebabkan rempah-rempah yang diperlukan berbanding sup biasa.

Jom tengok resepi Soto Ayam dari Noor Ashikin Saerah ini. InsyaAllah sangat mudah difahami dan diikuti. Jom tengok resepinya. Bahan-bahannya untuk 10-12 orang makan ya.

Resepi Soto Ayam

resepi soto ayam
Imej via facebook

Bahan A: Sup Soto Ayam

  • 1.5kg/ seekor ayam
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 paket kecil rempah sup (Optional)
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 2 sudu besar santan (Optional)
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya

Bahan B: Rempah (Kisar)

  • 1 sdt jintan putih*
  • 1 sdt jintan manis*
  • 1 sdt biji ketumbar*
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 biji buah keras (Optional)

Bahan C: Bahan Sampingan

  • Bihun yang telah dicelur
  • Ayam carik goreng
  • Tauge
  • Hirisan daun sup & daun bawang
  • Kacang tanah goreng
  • Suhun goreng
  • Bawang goreng
  • Begedil
  • Sambal kicap

Cara Penyediaannya:

  1. Cuci bersih ayam & potong kepada ketulan kecil.
  2. Sangai bahan bertanda * & kisar/ tumbuk hingga halus.
  3. Kisar bahan kisar sehingga menjadi pes.
  4. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan, pes sup & rempah sup sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, serbuk lada putih & sedikit air. Didihkan & biar ayam masak.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Masukkan 2 sudu besar santan. Kacau rata.
  8. Setelah ayam empuk, keluarkan ayam & toskan sebelum dicarik & digoreng.
  9. Tambahkan lagi air sehingga sup menjadi 4L. Didihkan & pastikan cukup rasa. Sedia untuk dihidangkan bersama-sama bahan sampingan (bahan C).

Senang dan mudahkan? Sekiranya ingin menggantikan bihun dengan yang lain seperti mi, koey tiow, sohun atau nasi impit tiada masalah. takde lah bosan dengan bihun soto jer. Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Soto Ayam ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.