Selain daripada sos cili dan sos tomato, sos black pepper juga merupakan antara sos yang perlu ada untuk menikmati makanan western seperti chicken chop, meatball, ayam dan daging bbq, steak dan sebagainya. Banyak jer pilihan yang ada dijual dipasaraya. tapi kalau nak lebih jimat terutamanya untk majlis keraian bolehlahh cuba buat sos black pepper homemade.

Caranya pun tak susah. Hanya campur-campur sahaja. Tapi yang penting metilah kena ada lada hitam yang telah dikisar. Jika tak de, bukan namanya sos lada hitam lah. Bolehlah buat sos black pepper ini mengikut citarasa masing-masing. Boleh buat banyak sekaligu jika hendak siimpan untuk beberapa kali makan.Tapi haruslah di dalam peti ok.

Tak pernah buat sos lada hitam ini? Nak cuba buat? Boleh lah tengok dan layan resepi dari Rohayati Romli ini. Ramai yang telah mencubanya. Jadi, apa lagi. Jom tengok dan selamat mencuba.

Resepi Sos Black pepper

Resepi Sos Black pepper
Imej via Mingguan Wanita

Bahan-bahannya:

  • 500ml susu segar (susu apa pun boleh)
  • Butter 4-5 sudu
  • 2 sudu tepung gandum
  • Tomato 3biji (dadukan)
  • Bawang besar @ holland 2biji (dadukan)
  • 3-4 sudu lada hitam (ni boleh adjust sendiri )
  • 3 sudu kicap manis ( kicap jenama apa pun boleh) 
  • Chicken stock @ kiub daging ( optional)

Cara Penyediannya:

  1. Mula-mula panaskan butter. Kemudian masukkan 2-4 sudu tepung gandum. Kacau hingga sebati.
  2. Kemudian, baru masukkan tomato dan bawang yang telah didadukan. kacau hingga sebati.
  3. Kemudiaan masukkan susu.Masukkan 3-4 sudu lada hitam. Kuantiti mengikut citarasa. kalau nak pedas lagi boleh tambah lagi.
  4. Masukkan kicap manis atau apa-apa jenis kicap.
  5. Masukkan sedikit garam, chicken stock/ kiub daging mengikut citarasa.
  6. Kacau hinga sebati dan kemudiannya bolehlah kisar untuk dapatkan tekstur yang lebih halus. tapi kalau tak nak kisar pun boleh.

Dah siap. Bolehlah rebus meatball untuk dimakan bersama. Bolehlah acah-acah makan meatball ikea. Ataupun boleh juga kalau nak makn bersama chicken chop. Selain resepi sos balck pepper ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.