Som tam ialah salad berempah agak pedas yang diperbuat daripada betik mentah muda yang disagat nipis. Hidangan ini popular di Thailand dan lazim dihidangkan di Asia Tenggara.

Hidangan ini menggabungkan rasa masam limau, pedas cili, sos ikan masin, savuri, dan kemanisan gula. Bahan-bahan ditumbuk di mana betik, mangga dan carot disagat halus.

Jika anda penikmat tegar makanan masam-masam pedas manis, maka anda patut cuba som tam ini. Dimakan macam itu sahaja pun sedap.

Di bawah ini telah kami sertai resepi som tam sedap ala Sharifah Zakaria yang dikongsikan di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Som Tam Thailand

som tam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 biji betik muda,
  • 1 biji mangga muda,
  • 1 batang carrot,
  • 4 biji cili padi,
  • 6 ulas bawang putih,
  • 1 sb udang kering,
  • 5 sb gula kabong (warna putih dan likat) *kalau tidak ada boleh guna gula pasir biasa,
  • 4 sb sos ikan,
  • 4 sb jus limau nipis,
  • 3 biji limau nipis,
  • 2 biji tomato (potong 12),
  • 3 tangkai kacang panjang (potong 1 inci panjang),
  • 3 tangkai kangkung (potong 1 inci panjang),

    som tam

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Tumbuk kasar cili padi, udang kering, bawang putih dan kacang panjang.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk dalam bekas besar berisi bahan yang disagat (betik,mangga,carrot).

    som tam

    Imej via Facebook

  3. Masukkan gula, jus limau, sos ikan, perahan limau nipis, kangkung dan tomato. Gaul semua bahan sebati.
  4. Ejas rasa masam dan manis ikut citarasa yang diingini bergantung pada gula dan perahan air limau nipis.
  5. Bila ingin makan tabur dengan sedikit kacang tanah (yang digoreng tanpa minyak) dan ikan bilis yang digoreng rangup.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi som tam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.