Solok lada merupakan sejenis hidangan tradisional melayu. Ia juga dikenali sebagai lada sumbat. Masakan ini popular di negeri Kelantan dan Terengganu dan merupakan hidangan istimewa di sana.

Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan. Solok lada biasanya dimakan bersama nasi kerabu.

Selain nasi kerabu, solok lada juga sedap dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato dan lain-lain. Dijadikan lauk dimakan bersama nasi putih dan kuah kari pun sedap.

Tanpa membuat anda tertunggu, di bawah ini kami kongsikan resepi solok lada mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Sharifah Sury di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Solok Lada

solok lada

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Lada (belah dan buang biji),
  • Ikang selayang (rebus dengan asam keping, letak garam sedikit),
  • [email protected] parut satu biji,
  • Bawang merah 5 biji @7 biji,
  • Bawang putih 1 biji (sais kecil),
  • Telur satu biji.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumbuk kelapa.
  2. kemudian tumbuk isi ikan.
  3. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
  4. Satukan bahan-bahan diatas, gaul sebati dan perasakan dengan gula, garam dan aji.
  5. Bila bahan-bahan semua sudah mesra, pecahkan telur dan gaul lagi sampai sebati.
  6. Kemudian masukkan bahan ke dalam lada yang dibelah tadi.
  7. Selepas itu, susun dalam periuk pengukus. Kukus sampai masak.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi solok lada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.