Selain daripada singgang ikan, ramai pula orang yang membuat daging untuk diolah jadi singgang.

Kadang tidak tahu mahu masak daging apa, bosan dengan daging rendang, daging gulai atau menu yang itu-itu saja. Singgang daging boleh jadi pilihan untuk dihidangkan.

Makan singgang daging dengan telur dadar dan ulam budu nikmat sungguh rasanya. Dihidang dengan nasi putih sebagai menu makan siang untuk keluarga mesti semua suka. Makan sampai bertambah-tambah.

Tanpa tunggu lagi, mari lihat resepi perkongsian ramai daripada Shareena Nana di laman Facebook di bawah ini. Hidangkan menu singgang daging untuk keluarga anda. Selamat mencuba.

Resepi Singgang Daging

singgang daging

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging,
  • Bawang putih,
  • Bawang merah,
  • Lengkuas,
  • Belacan,
  • Cili api,
  • Serai dititik,
  • Asam keping.
    *Semua bahan diketuk kecuali asam keping.

Cara-cara :

  1. Mula-mula masukkan air sehingga mendidih baru masukkan semua bahan kecuali asam keping.
  2. Bila bahan-bahan tadi sudah masak atau air sudah mendidih, masukkan daging dan tunggu daging separuh masak baru masukkan asam keping.
  3. Kemudian masukkan perasa seperti garam dan gula. Seeloknya guna gula melaka.
  4. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi singgang daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.