Mencari resepi serunding ikan untuk buat inti popia simpul atau karipap mini? Kami ada resepinya.

Resepi serunding ikan yang kami tuliskan ini menggunakan ikan kerisi. Namun jika anda teringin buat guna ikan bilis, ikan selayang dan ikan lain-lain boleh saja, resepi tetap sama.

Resepi didatangkan daripada Husna Anisa‎ di laman Facebook. Yang menarik daripada resepi ini ialah cik Husna menggunakan periuk nasi untuk keringkan air. Idea yang bagus bukan? Senang, tidak perlu risau serunding berkerak atau hangit dan boleh buat kerja lain pula sambil tunggu kering.

Cara menyediakannya amat mudah. Kejadiannya juga amat sedap dan boleh digunakan untuk inti popia simpul dan karipap mini. Selamat mencuba.

Resepi Serunding Ikan

serunding ikan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 kilo ikan kerisi,
  • 1 cawan santan pekat,
  • 4 batang serai,
  • 2 inci lengkuas,
  • 2 ketul gula kabung,
  • 1 sudu garam,
  • Segenggam cili kering ,
  • 4 biji bawang besar,
  • Cili (pedas ikut selera).

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus ikan.
  2. Asingkan tulang ikan kemudian tumbuk jangan lumat sangat.
  3. Kemudian blend cili kering, serai, lengkuas dan bawang.
  4. Campur semua bahan dan gaul sebati.
  5. Masukkan dalam periuk nasi, masak macam biasa. Kacau sekali sekala.
  6. Bila air sudah kering air, masukkan dalam kuali.
  7. Kacau sampai betul-betul kering.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi serunding ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.