Semur ialah lauk tradisi Indonesia-Belanda, nama asalnya ialah “Smoor”. Bagi yang berdarah Jawa mesti kenal dengan lauk ini. Resepi semur seakan sama dengan masak kicap, tapi kaya dengan rempah, berkentang dan bersantan.

Terdapat banyak bahan masakan yang boleh dimasak semur sebenarnya seperti tauhu, telur, jering dan lauk-lauk ini amat terkenal di Jawa. Semur memang sedap dimakan dengan nasi panas, nasi impit, atau dicicah roti. Lauk kegemaran ramai tentunya.

Semur juga selalunya dihidang untuk acara cukur rambut, kenduri dan sebagainya. ‎Nurul Syuhada Che Din‎ berkongsikan resepi semur ayam yang anda patut cuba. Lauk ini bahkan tidak pedas sama sekali amat sesuai untuk orang yang tidak suka pedas dan kanak-kanak.

Resepi Semur Ayam Kentang

semur ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam (goreng dulu, gaul kunyit & garam),
  • Kentang,
  • Bawang merah*,
  • Bawang putih*,
  • Halia*,
  • Udang kering*,
  • Lada putih/ hitam*,
  • Jintan manis*,
  • Jintan putih*,
  • Air asam jawa,
  • Kicap manis,
  • Santan,
  • Garam (option),
  • Daun sup,
  • Cili merah besar.

Cara-cara :

  1. Blender/ tumbuk bahan bertanda *.
  2. Tumis bahan blender tadi. Jika sudah naik bau, masukkan kentang dan tunggu sampai empuk.
  3. Masukkan ayam dan kicap manis. Kacau rata.
  4. Apabila sudah nampak elok meresap, masukkan air asam jawa.
  5. Masukkan santan dan sedikit air. (Ikut suka kuah banyak mana).
  6. Tunggu sampai pekat dan mendidih.
  7. Kalau rasa kurang masin, boleh tambah garam.
  8. Taburkan cili besar dan daun sup. Kacau sekejap dan tutup api.

Resepi Menarik Lain

Selain semur ayam, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.