Antara biskut raya jadi kegemaran para tetamu ialah semperit susu. Tentunya anda tercari-cari resepi semperit susu yang sedap untuk dihidang nanti.

Semperit susu pada resepi ini diperbuat daripada susu, tepung gandum, tepung jagung, dan marjerin. Bahan-bahan ini dicampur bersama untuk menjadi adunan.

Semperit bersedia untuk dimakan sebaik sahaja ia disejukkan di suhu bilik. Perkongsian kali ini ialah tentang resepi semperit susu yang cepat, mudah dan sedap.

Antara resepi semperti yang sedap ialah air tangan daripada ‎Adrianna Rayyan yang dikongsikan di Facebook. Sedap dan sangat mudah. Rugi jika anda tidak mencubanya.

Resepi Semperit Susu

semperit susu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Butter 250 g,
  • Susu pekat 250 g,
  • Tepung jagung 500 g,
  • Tepung gandum 50 g.

Cara-cara :

  1. Campurkan kesemua bahan.
  2. Uli adunan hingga dapat doh yang sesuai tidak terlampau keras ataupun lembik.
  3. Gunakan acuan tembaga pecah 15. Tekan dan letakkan choco chip.
  4. Lepas tekan, diamkan dalam 20 minit atau lebih supaya bunga tidak akan jatuh selepas bakar.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi semperit susu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.