Menu sayur yang paling mudah dimasak, resepi yang simple dan ringkas tapi sedap. Resepi sayur kubis daripada Norlia Abdul Raman di Facebook ini rasanya manis dan crunchy.

Terkadang para ibu bingung ingin buat resepi sayur kubis apa. Biasanya masak tumis dengan bawang kasih berkuah bukan? Tumis sayur macam itu ialah menu harian yang biasa ibu buat.

Maka kali ini kami hadirkan resepi sayur kubis yang berlainan. Ianya ialah dengan menggoreng sayur kubis dengan bawang putih. Anda tidak perlu kuatir dengan rasa bawang putih. Selagi anda tidak menggunakan bawang putih berlebihan maka rasanya akan tetap terjaga.

Resepi ini menggunakan kubis brussel. Sayur ini enak dimakan bersama nasi putih mahupun diratah macam itu saja pun boleh. Selamat mencuba.

Resepi Sayur Kubis Brussel Goreng Bawang Putih

sayur kubis

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kubis brussel,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Udang kering,
  • Sos tiram,
  • Kicap masin,
  • Air panas.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing (lebihkan bawang putih), masa ini boleh bau wangi satu rumah.
  2. Kemudian masukkan udang kering yang digoreng sekejap.
  3. Lalu masukkan kubis brussel dan kacau rata.
  4. Masukkan sedikit sos tiram, kicap masin dan air panas.
  5. Jangan masak sayur layu sangat nanti tidak crunchy.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sayur kubis brussel goreng bawang putih, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.