Selamat petang, masak apa hari ini? Jika tidak ada idea ingin masak apa, maka kami cadangkan goreng sayur campur dimakan bersama ayam goreng dan sambal belacan. Sedap tiada terkata menaikkan selera makan.

Rodza Azilah berkongsikan resepi sayur goreng campur yang mudah. Resepi sayur ini menggunakan bahan sayuran seperti kobis bunga, lobak merah, brokoli, bawang putih, bawang Holland, dan tauhu jepun sebagai pelengkap.

Sesiapa yang ingin makan sayur campur goreng untuk makan pagi boleh cubakan resepi ini. Resepi ini senang dan ringkas sangat. Selama mencuba.

Resepi Sayur Goreng Campur

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tauhu jepun (potong bahagian tengah supaya senang dikeluarkan dan mudah dipotong),
  • Udang,
  • Kobis bunga,
  • Lobak merah,
  • Brokoli,
  • Bawang putih,
  • Bawang Holland,
  • Perencah sup sayur adabi,
  • Lada sulah.

Cara-cara :

  1. Goreng tauhu dengan bawang putih hingga garing.
  2. Masukkan udang dan bawang Holland, kacau perlahan.
  3. Masukkan perencah sup sayur.
  4. Masukkan semua sayur yang sudah dipotong-potong.
  5. Akhir sekali masukkan lada sulah,
  6. Jika sayur sudah hampir layu boleh matikan api.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sayur campur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.