Jom masak sayur campur hari ini!

Makan sayur ialah diharuskan untuk faktor kesihatan. Banyak kebaikan sayur untuk tubuh, antaranya baik untuk kesihatan kulit, menghaluskan kulit, melancarkan buang air besar, baik untuk pencernaan, kaya mineral dan banyak lagi.

Sayur campur boleh jadi alternatif masakan sayur anda hari ini. Menggunakan bahan sayur berbeza amat merangsang selera.

Seperti resepi sayur campur yang dikongsikan oleh Fatin Farhana di laman Facebook. Ia menggunakan cendawan, brokoli, bebola ikan, lobak merah. Anda boleh cubakan di rumah, guna sayur ikut selera anda.

Resepi Sayur Campur Sedap

sayur campur

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih – hiris,
  • 1 camca besar sos tiram,
  • 1 bunga brokoli,
  • Cedawan omel – potong,
  • 10 biji bebola ikan – belah 2,
  • ½ batang lobak merah,
  • Sedikit air.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, kacau rata dan masukkan sedikit air.
  3. Biar sekejap baru masukkan semua sayur.
  4. Masukkan bebola ikan, kacau rata dan biar kuah kering.
  5. Siap dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sayur campur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.