Sedapnya boleh makan satay. Rasa ayam atau daging yang ‘juicy’ bersama kuah kacang sangat lah sedap. Sehinggakan sedar tak sedar dah habis bercucuk-cucuk. Tapi itulah sekarang harga satay pun macam hmm..

Jadi kalau nak jimat dan makan puas. Kenalah buat sendiri. Tambah-tambah kalau nak makan satu keluarga. Boleh super jimat. Satay ini juga boleh dijadikan menu tambahan atau gantian kepada bbq. Agak-agak rasa bosan dengan menu biasa bbq, bolehlah bertukar kepada menu satay. Proses bakarnya pun cepat berbanding menu bbq yang lain.

Resepi warisan turun-temurun perkongsian dari Kakak Satey Viral‎ di laman facebook ini sangat mudah dah senang difahami dan diikuti. Jom tengok resepinya. Nescaya dengan membacanya sahaja sudah buat anda tak sabar kan. Mudahkan resepi yang dikongsinya kan? Apa lagi jom tengok.

Resepi Satay

Resepi Satay
Imej via Carousell

Bahan-bahan perapan untuk 150 cucuk adalah:

  • Isi dada 2 kilo
  • Gula 2 cawan
  • Kunyit 3 camca besar
  • Jintan manis 2 camca besar
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bwg bwsar,1 labu bwg putih,2 inci halia dan lengkuas,3 batang serai

Bahan untuk Kuah:

  • Setengah kilo kacang tanah digoreng dan dikisar 
  • Cili serbuk 150 grm
  • Gula 3 cawan

Cara-caranya:

  • Bagi perapan satay, hanya campurkan kesemua bahan-bahan perapan kecuali ayam ke dalam pengisar dan kisarkannya.
  • Kemudian tuang ke dalam bekas yang mengandungi ayam atau daging yang telah dipotong dadu. Gaul hingga sebati dan perap seketika. Lagi lama lagi terasa. Siap untuk perapan.
  • Bagi kuah pula, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan yg dikisar
  • Apabila bila kekuningan masukkan cili serbuk dan 5 cawan air
  • Masukkan gula dan kacang yg dikisar, kacau dan tunggu naik minyak..

Tada.. mudahkan? Agak-agak dah boleh buat sendiri kan. Tinggal nak bakar-bakar jer dan sediakan nasi impit, hirisan bawang dan timun jer. Selamat mencuba Resepi Satay Homemade ini. Selain dari resepi ini, kami ada juga berkongsi resepi-resepi mudah yang lain. Selamat mencuba !

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.