Sejak dua menjak ini , kecoh tentang sardin yang tak bersih dan selamat. Sampaikan rata-rata takut nak makan . Tapi tuh la, hati nih nak juga makan kan. Jadi ibu-ibu semua, tak payah dah beli sardin yang dalam tin tuh, Boleh buat sendiri. Bukannya susah pun. Boleh dimasak atas dapur gas atau slow cooker ataupun pressure cooker. Di jamin tiada cacing, selamat dan yang penting 100% halal.

Resepi daripada Fiza Mh‎ ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Bolehlah makan tanpa ragu-ragu. Jom tengok resepinya.

Resepi Sardin

Resepi sardin
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 7-8 ekor ikn sardin
  • 2 bj Bwg besar*
  • 3 bji bwg putih*
  • 1/2″ halia*
  • 2 bji tomato*
  • 5 sudu makan sos tomato
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit air
  • Garam

Caranya:

  1. Basuh dan bersihkan ikan (Buang kepala, tulang dalam perut, buang segala eksesori berenang dia (sirip dan ekor).
  2. Toskan dan ketepikan dulu.
  3. Kisar kesemua ramuan bertanda (*) sampai hancur.
  4. Satukan ikan, ramuan yang dikisar, minyak, air dan garam . Pastikan ikan tenggelam di dalam kuah. Tutup periuk rapat-rapat pastu reneh selama 4 jam dgn api paling kecil atas dapur gas. Kena selalu monitor kalau kering tambah air.
  5. Satu jam yg pertama terbalikkan ikan. Hati-hati ya, jangan dikacau selalu supaya ikan tak patah atau hancur. Siap!

**Nota

  • Guna ikan sardin sebab tulangnya mudah dan lembut.
  • Kalau masak guna presure cooker masak 45 minit hingga 1 jam sahaja. Kalau belum empuk tambah lagi masanya. Pastikan sukatan airnya mencukupi.
  • Apabila kita bersihkan (siang) ikan sardin, tulang2 di bahagian dalam perut akan terpisah dengan dagingnya. Tulang ini hendaklah dibuang. Tarik dengan jari sahaja sebab dia mudah patah.

Selamay mencuba !! Oh ya, selain dari Resepi Sardin, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.