Sandwich merupakan salah satu menu mudah yang menjadi kegemaran orang ramai untuk sarapan, bekalan dan sebagainya. Menu ini juga terkenal di kalangan yang nak turunkan berat badan.

Jadi di sini, kami kongsikan pelbagai resepi sandwich untuk dicuba. Tak lah bosan sangat kalau hari-hari kena hadap sandwich jer. Sebab apa? Sebab inti dan resepi nya dah lain kan. Tak lah asyik-asyik sandwich tuna.. sandwich sardin jer. Resepi sandwich ini dikongsikan oleh LailaLiyana Hassan . Sangat mudah difahami dan diikuti.

Resepi Sandwich

Bahan utama:

  • Roti sandwich
  • Kepingan keju
  • Mayonis
  • Daun salad
  • Timun | dipotong nipis
  • Tomato | dipotong nipis
  • Inti yang pelbagai

Sandwich Beef Black Pepper

Imej via Facebook
  • 2 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1/2 biji lada benggala | dicincang halus
  • 5 biji cendawan | dihiris halus
  • 400gm daging | dicincang halus
  • 150gm sos lada hitam
  • 3 biji cili padi | ditumbuk halus
  1. Tumis bawang besar, bawang putih, lada benggala, cendawan dan daging. Masak sehingga daging agak masak.
  2. Kemudian masukkan sos lada hitam, cili padi yang dihiris dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati dan daging kelihatan seperti pecah minyak. Angkat.
  3. Apabila daging sejuk, barulah ambil roti sandwich, letakkan daun salad, kepingan keju, daging yang dimasak tadi, mayonis, timun dan tomato.

Sandwich Hawaian Chicken

Imej via Facebook
  • 400gm ayam | dicincang halus
  • 2 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 5 biji cendawan | dihiris nipis
  • 2 potong nanas | dipotong dadu
  • 800gm sos bolognese
  • 1 sudu teh serbuk herba Itali
  1. Goreng ayam dalam kuali, tambahkan sedikit air jika ayam melekat.
  2. Masukkan bahan mentah seperti bawang, cendawan dan nanas. Masak seketika.
  3. Masukkan sos bolognese dan gaul sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk herba Itali secukupnya.
  4. Hias roti sandwich dengan kepingan keju, mayonis, salad, timun jepun, inti ayam, dan tomato. Kepitkan dengan roti dan sedia dimakan.

Sandwich Crabstick Mayo

Imej via Facebook
  • 400gm Crabstick
  • 2 biji bawang besar | dipotong halus
  • 200gm mayones
  • Sedikit lada sulah/lada hitam
  1. Celur seketika crabstick dan dicincang.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan, bawang besar, mayones dan lada sulah. Gaul sebati.
  3. Ambil roti sandwich dan lapiskan dengan kepingan keju, mayonis, salad romania, inti crabstick, timun dan tomato.

Sedia untuk dinikmati. Mudah dan pelbagai kan? Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Kuih Cara Berlauk ini dan resepi kami yang lain ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .