Kerja banyak kan?Stress jer? Rasa-rasa macam nak pergi ‘picnic’ dan makan sandwich viral dengan keluarga tersayang kan? Nak lari sekejap dari kerja? Jangan bertangguh, family time lagi penting. Tak dapat pergi yang jauh, pergi jer yang dekat. Tak pun berkelah jer depan halaman rumah. Tak salah pun.

Dah tuh kalau plan ‘last minute’, menu yang paling sesuai dan mudah serta sedap untuk dibuat adalah sandwich. Bahan-bahannya pun tak perlu banyak. Dan yang paling penting tak leceh. Lepas tuh boleh pelbagaikan intinya. Nak letak telur boleh, tuna boleh, sardin boleh, ayam boleh, apa-apa pun boleh. Ikut selera dan kreativiti masing-masing.

Senang kan? Jadi jom cuba salah satu jenis sandwich yang viral nih. Ya, sandwich telur. Resepi yang dikongsikan Nuur Erina dari laman facebook mendapat ‘like’ melebihi 2.4k dan masih ‘counting’. Jom layan resepinya. Ringkas dan Sedap!!

Resepi Sandwich

Resepi Sandwich
Imej via Facebook

Bahan-bahan (Untuk 2 bundle roti yang besar)

Bahan A

  • 10 biji telur direbus dan dilecek
  • 1 senduk mayonaise
  • 1 sudu teh lada sulah aji shio

Bahan B: Bahan sampingan

Cara-cara penyediaannya:

  1. Campur semua sekali Bahan A dan gaul hingga sebati.
  2. Cara melapisnya. Sapu roti dengan mentega dan ambil sekeping roti, letakkan tomato. Kemudian, letakkan sesudu besar bancuhan telur dan letak atas tomato tadi dan ratakan.
  3. Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan last sekali letakkan roti.
  4. Akhir sekali potong serong untuk bahagikan kepada 2 atau 4 bahagian. Terpulang.

Nota kaki:

  • Susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.
  • Kalau nak tambah sosej atau crab stick tu boleh juga. Celur dulu sosej dan crab stick tu, potong kecil dan gaul sekali dalam bancuhan telur.

Selain resepi sandwich ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .