Sambal Udang adalah juadah yang amat popular dikalangan orang kami. Bukan sahaja orang Melayu, malah satu Malaysia menggemarinya. Ianya amat lazat dan boleh dimakan dengan pelbagai jenis hidangan. Antaranya, nasi putih panas panas, atau mungkin nasi lemak, atau boleh dihidangkan bersama bubur dan dicicah bersama roti. Lazatnya.

Resepi ini juga amat sesuai dijadikan juadah makan besar bersama keluarga. Rasa pedas dan manisnya, digabungkan bersama udang yang sedap dan gebu, dan menaikkan selera sesiapa yang melihatnya.

Bagi ibu yang bekerja, dan berkejaran untuk masak juadah berbuka, resepi ini kami bawakan khas untuk anda. Resepi ini telah dikongsikan oleh Fatin Nursyafawani di laman Facebooknya. Jom tengok!

Resepi Sambal Udang

sambal udang
image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

    null
  • 1/2 kg udang
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang pitih (dikisar)
  • Sedikit belacan (dikisar)
  • Sedikit lada kering yang telah direbus dan diblend
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis 2 atau 3 sudu besar lada kering yang telah dikisar tadi hingga pecah minyak. Kalau suka pedas boleh letak lebih.
  3. Kemudian masukkan pulak bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah dikisar hingga pecah minyak
  4. Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Kalau nak sedap lagi boleh letak cili sos 1 sudu besar.
  5. Kemudian masukkan udang. Masukkan air asam jawa.
  6. Kacau dan rasa.
  7. Siap!

Resepi -resepi lain yang menarik:

Mudah bukan resepi sambal udang ini? Anda boleh memasaknya dengan sekejap sahaja! Walaupun ianya sekejap, hasilnya amat menyelerakan. Selain itu, kami juga sediakan resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .