Satu lagi resepi makan waktu siang yang menyelerakan dan berlinang air liur. Resepi sambal udang petai yang amat menyelerakan akan kami hadirkan untuk anda.

Penyediaan hidangan ini amat mudah. Udang digoreng separa masak di mana petai tidak perlu digoreng melainkan terus dimasukkan mentah sahaja. Jika anda suka petai dengan kulit, boleh terus masukkan dengan kulit, tapi kulit mesti dikikis terlebih dulu supaya petai tidak keras.

Tengok gambar memang menyelerakan sungguh bukan? Makan udang petai dengan nasi putih panas-panas. Boleh juga dimakan dengan nasi lemak, mee goreng dan bihun goreng.

Resepi udang petai berselera dikongsikan oleh Ekin OmAr‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Udang Petai

Imej via Facebook

Bahan-bahan Blender :

  • Bawang merah,
  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Cili kering (direbus dulu),

Bahan-bahan Lain:

  • Udang digoreng sekejap separa masak,
  • 1 Asam [email protected] asam jawa,
  • Gula melaka,
  • Gula putih,
  • Garam dan aji,
  • Petai.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan blender, letakkan sekali gula melaka dan gula putih sukatan agak-agak sahaja. Tumis sampai sambal pecah minyak.
  2. Masukkan air asam sedikit @ 1 asam keping. Tumis lagi biar lama sedikit sampai sambal berubah warna jadi merah pekat.
  3. Kemudian masukkan udang dan petai.
  4. Akhir sekali baru masukkan garam dan aji.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal udang petai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.