Penggemar-penggemar makanan pedas pasti terasa terliur bila teringatkan sambal sotong yang pedas dan berkuah pekat. Bersalut lah katakan. Di makan pula dengan nasi panas. Pasti bertambah-tambah lah nasinya. Boleh lari plan diet kot. Tapi tak apa. Orang kata ” cheat day”. Sekali ni ja makan ikut selera. Rasa sotong yang manis dan kuahnya yang bersambal bukan selalu boleh makan. Sekali-sekala jer kan.

Cara nak masak pun tak susah. Bersihkan sotong, masak sotong tersebut, keringkan air sotong sedikit, tapiskan air sotong dan kemudian bolehlah masukkan sotong ke dalam kuah sambal yang telah dimasak. Pasti kuah sambalnya pekat. Tak berkuah sangat.

Jom tengok dan cuba resepi yang mendapat perkongsian ramai iaitu resepi sambal sotong Suhaila Osman. Nescaya tak pandang kiri kanan dah. Silap-silap boleh ambil hati mak mertua nanti. Dah sedap kan. Takkanlah tak kena puji.

Resepi Sambal Sotong

resepi sambal sotong
Image via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Bawang besar 2 biji (lagi banyak lagi sedap)
  • Belacan sedikit (agak2 dalam 2 inci)
  • Cili mesin (agak2 dalam tiga senduk)
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa 
  • Asam jawa (agak2 size bola ping pong)
  • Sotong (digoreng dengan minyak sedikit dalam sesudu dua sampai air sotong kering sedikit)

Cara penyediaanya:

  1. Tumis bawang dengan belacan sampai kekuningan dan masak.
  2. Kemudian masukkan cili mesin. Tunggu sehingga cili betul-betul garing.
  3. Masukkan air sotong yang digoreng dengan sedikit minyak tadi. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga cili betul-betul masak.
  4. Sekiranya air sotong telah habis tetapi cili masih belum masak, gantiknnya dengann air biasa. Tambah sehingga cili betul-betul masak.
  5. Kemudian masukkan air asam, garam, gula dan serbuk perasa.
  6. Akhir sekali masukkan sotong dan kacau hingga sebati.

Mudahkan ? Senang dan pasti sedap sehingga menjilat jari. Resepi sambal sotong kuah likat yang marvellous. Selamat mencuba. Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .