Hari ini kami akan berkongsikan resepi sambal kicap yang sangat mudah. Selalunya sambal kicap ini dimakan bersama sup, nasi ayam, dan hidangan lainnya.

Jika anda masak sup, memang paling sesuai kalau diganding dengan sambal kicap. Kalau tetiba nak makan ikan bakar pula, perah saja limau dekat sambal kicap ini. Rasa sambal yang pedas manis ini menjadi pelengkap dan menyatukan semua rasa.

Bahan yang digunakan dalam resepi sangat teramat mudah. Hanya guna lada cili dan bawang putih, perasa garam gula dan kicap manis, senang kan? Kalau makan kat kedai sup, sambal kicap selalunya cair dan rasa mentah. Lebih berbaloi kalau buat sendiri.

Oh Lisa‎ berkongsikan resepi sambal kicap di laman Facebook dan tentunya resepi ini sudah mendapat perkongsian ramai daripada netizen. Mari tengok resepi mudah ini dan cuba di rumah anda.

Resepi Sambal Kicap

sambal kicap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Lada cili segenggam,
  • Bawang putih selabu. Kupas,
  • Gula 2 sb,
  • Garam secubit,
  • Kicap manis.

Cara-cara :

  1. Mula-mula goreng sekejap bawang putih dan lada cili.
  2. Kemudian masukkan ke dalam blender, letak gula, garam secubit dan kicap.
  3. Blender sampai hancur. Siap.
sambal kicap

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal kicap, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya

"

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.