Menu tradisional sambal tumis ikan talang masin. Siapa tercari resepi sambal ikan sedap ini?

Tidak sama seperti sambal ikan biasa. Resepi sambal ikan kali ini dikongsikan oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail di laman Facebook., menggunakan ikan masin talang.

Sambal ikan ini kering dan tidak berkuah untuk kekalkan kerangupan ikan masin. Tambah kelazatan menu ini dengan menuangkan sedikit minyak bekas gorengan ikan masin tadi ke dalam sambal.

Petua hilangkan kemasinan ikan masin iaitu ikan masin hendaklah direndam dengan garam kasar anggaran segenggam selama 10 hingga 15 minit atau lebih, untuk kemasinannya dikurangkan. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Ikan Masin Talang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang putih dan bawang merah.
  • Cili kering, diblend.
  • Sos tiram,
  • Air perahan asam jawa,
  • Gula,
  • Ikan masin yang telah digoreng.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih/merah sehingga garing.
  2. Masukkan cili kering yang telah diblend, masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit sos tiram kalau suka, masukkan sedikit air perahan asam jawa.
  4. Masukkan sedikit gula, tidak perlu garam.
  5. Masukkan ikan masin yang telah digoreng.
  6. Biarkan sehingga sedikit kering, sambal ini tidak berkuah.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal ikan masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.