Sambal Goreng Jawa ini amat popular di kalangan orang Johor dan Jawa. Gabungan rasa bahan-bahannya yang telah digoreng terlebih dahulu mampu menambahkan selera makan. tambah-tambah dengan nasi putih yang masih panas. Menu ini juga merupakan salah satu menu yang terdapat pada satu pinggan lengkap nasi ambang yang juga merupakan makanan popular mereka.

Caranya pun tak susah dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak. Jadi bolehlah dijadikan sebagai menu tambahan untuk majlis-majlis. Jom tengok resepi yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku ini iaitu resepi dari Fauziah Ideris. Pasti mudah dan sedap. Jom cuba.

Resepi Sambal Goreng Jawa

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Tempe(hiris dan goreng garing
  • Tauhu(hiris dan goreng garing)
  • Kentang(hiris dan goreng garing)
  • Hati ayam(rebus hiris dan goreng garing)
  • Fucuk dan suhun(rendam dalam air)
  • Kacang panjang(hiris serong)
  • Air asam jawa
  • Bawang merah hiris
  • Cili merah hiris
  • Kicap manis
  • Perasa
  • Garam
  • Bahan kisar (Ikan bilis, Bawang besar, Bawang putih, Lengkuas,Serai )

Cara-cara penyediaan Sambal Goreng Jawa:

  1. Tumis bawang yang dihiris hingga naik bau, masuk kan bahan kisar tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan perasa, garam, air asam jawa dan kicap. 
  2. Masukkan fucuk dan suhun serta bahan yang digoreng tadi.
  3. Kacau rata dan tambahkan kicap dann air (sekiranya perlu)
  4. Kemudian masukkan kacang panjang dan cili merah dan gaul sebati hingga kacang masak
  5. Tutup api dan siap untuk dihidang

Mudahkan? Semudah abc. Jadi apa lagi cepat-cepatlah mencubanya. Pasti Sambal Goreng Jawa ini menjadi sebutan di kalangan yang menjamunya. Selain dari respi ini, kami juga ada kongsikan resepi menarik dan mudah yang lain. Jemput tengok ye.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.