Penat? Tak sempat nak masak? Bolehlah cuba masakkan lauk mudah dan ringkas seperti ikan bilis. Sekarang nih kita boleh tengok pelbagai resepi ikan bilis goreng yang telah divariasikan dengan pelbagai bahan tambahan. Ada kerabu ikan bilis,salad ikan bilis, sambal goreng ikan bilis dan lain-lain lagi. Jadi kami kongsikan resepi sambal goreng ikan bilis ini yang merupakan lauk mudah dan ringkas. Sebabnya? Ianya tak memerlukan bahan yang banyak dan leceh untuk dicari.

Selain dari tu, cara masaknya pun senang. Simple kan? Simple tapi marvellous. Siapa yang tak nak. Tambahan pula menu ini boleh buat simpanan untuk seminggu sekurang-kurangnya (jika simpan kat luar). kalau simpan di dalam peti, pastilah lagi lama. Tapi takut tak sempat simpan lama jer sebab dah habis.

Jadi, apa lagi bolehlah jadikan menu ini untuk seisi keluarga malam nih. Pasti tambah nasi punya. Satu lagi, untuk mak-mak yang nak bekalkan lauk yang tahan lama untuk anak-anak yang balik asrama, lauk sambal goreng ikan bilis ini sangatlah sesuai dan menyelerakan. yang penting boleh tahan lama walaupun tanpa peti sejuk.

Jom tengok resepi dari Hayati Yati . Ramai yang sudah mencubanya. Para suami pun boleh cuba masak menu ini. InsyaAllah senang dan mudah untuk difahami dan diikuti. Resepinya boleh tengok di bawah. Pasti tak kan menyesal. Sekali cuba pasti nak buat lagi.

Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis

Imej via facebook

Bahan-bahannya:-

  • 180gm – cili api hijau
  • 280gm- cili merah
  • 100gm- ikan bilis kopek
  • 600gm- bawang besar(potong dadu)
  • 150gm- bawang putih
  • 380gm- tomato
  • 2 keping- asam keping
  • Minyak masak
  • Garam, aji kalau [email protected] serbuk secukup rasa.

Cara-cara penyediaannya:-

  1. Semua bahan-bahan selepas dibersihkan, perlu ditapis sebelum digoreng. (terpulang samada nak goreng semua sekaliu atau asing-asing)
  2. Apabila dah masak, biarkan sejuk dan kisar kesemuanya. Kisar kasar-kasar, jangan terlalu halus.
  3. Kemudian tumis semula yang telah dikisar tadi dan masukkan asam keping, garam dan aji.
  4. Masak sehingga pecah minyak dan garing sedikit (untuk tahan lama).

Dah siap. Pastu jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .