Salad merupakan salah satu hidangan yang amat lazat dan boleh dimakan oleh semua orang! Ianya merupakan hidangan berasaskan sayur – sayuran yang mengandungi banyak serat serta memberikan kekenyangan dengan kalori yang sedikit.

Salad juga dimakan bersama dressing seperti sos dan cara hidangannya amatlah mudah. Bagi sesiapa yang inginkan pencuci mulut yang sihat atau yang mahu berdiet, resepi salad ini amat berguna buat anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nabila Huda Murad dan telah mendapat komen positif di laman Facebook milik beliau.

Resepi Salad

resepi-salad
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Shredded chicken
  • Brocolli
  • Sweet potato
  • 5 biji baby tomato
  • Daun salad / Lettuce
  • Sedikit kobis ungu
  • KEWPIE dressing (Roasted Sesame)

Cara – cara penyediannnya:

  1. Rebus isi ayam dan carik-carikkan ayam.
  2. Rebus brocolli di antara 1 hingga 2 minit dan pastikan air sudah betul-betul menggelegak.
  3. Rebus sweet potato sehingga empuk.
  4. Kemudian, satukan semua bahan dan gaul rata.
  5. Siap dan boleh terus dimakan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.