Anak tidak suka makan sayur? Cuba resepi salad sayur menakjubkan ini.

Penyelesaian masalah untuk para mak yang mana anak-anak tidak suka makan sayur. Dengan mengubah masakan sayur biasa menjadi salad yang lazat. Gerenti akan menaikkan selera makan anak.

Selain itu, salad sayur juga paling sesuai untuk orang yang tengah berdiet. Ianya amat sihat dan berkhasiat. Boleh dimakan dengan roti, kentang tumbuk, daging atau ayam grill dan lain sebagainya.

Selain daripada bahan yang digunakan di bawah ini, anda boleh juga menambahkan sayur-sayuran lain yang anda suka. Jom cubakan resepi sayur salad sedap daripada Siti Zanariah Ahmad‎‎ di laman Facebook.

Resepi Salad Sayur Mudah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sayur-sayuran; salad jepun, timun jepun, tomato ceri, carrot, lada benggala, kobis ungu.
  • Kekacang (badam atau gajus).
  • Minyak (zaitun atau VCO),
  • Mayonis,
  • Sos blackpepper,
  • Kismis.

Cara-cara :

  1. Rendam dan basuh sayur-sayuran tadi dalam air garam atau cuka supaya hilang segala kotoran/racun (wajib rendam dan basuh dulu baru potong supaya khasiat sayur tidak hilang).
  2. Potong sayur nipis-nipis mengikut selera masing-masing.
  3. Campur semua sayur ke dalam satu mangkuk besar.
  4. Gaulkan sayur bersama mayonis dan sos blackpepper.
  5. Masukkan sesudu kecil VCO/minyak zaitun.
  6. Tabur badam/gajus dan kismis.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi salad sayur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.