Buah-buahan dapat memberi banyak khasiat pada badan kita. Buah-buahan juga adalah penting untuk diet yang seimbang. Dengan memakan buah kita dapat menghindari banyak penyakit berbahaya. Buah-buahan mengandungi kandungan vitamin, mineral dan fiber yang tinggi. Bahan-bahan yang terkandung dalam buah-buahan ini dapat memberi banyak kebaikan kepada tubuh kita.

Tetapi sebahagian daripada kita tidak menyukai buah. Jangan anda khuatir kerana resepi ini tentu dapat menarik minat anda untuk memakan buah. Pada kali ini, kita akan berkongsi resepi salad buah dari Filipina.

Resepi salad buah ini telah dikongsikan di laman sosial Facebook oleh Marimar Mas dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.

Resepi Salad Buah Filipina

salad buah filipina
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 tin buah campuran koktail
  • Susu pekat manis
  • Cheddar cheese
  • Nestle cream
  • 1 tin kernal jagung
  • Buah – buahan

Cara – cara penyediaan:

  1. Basuh dahulu buah-buahan yang anda ingin gunakan dan potong buah.
  2. Potong cheddar cheese secara dadu.
  3. Tapis buah koktail dan kernal jagung dan buang air daripada tin tersebut.
  4. Campurkan Nestle cream, cheddar cheese dan susu pekat manis bersama dan gaul. Susu pekat manis letakkan dalam 2 hingga 3 sudu teh atau mengikut kemanisan yang anda ingini.
  5. Campurkan kesemua buah yang telah anda potong dan kacau bersama bahan-bahan tadi.
  6. Siap. Anda boleh makan begitu saja atau masukkan dahulu ke dalam peti ais untuk di makan sejuk-sejuk.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi yang telah anda baca di atas terdapat banyak lagi resepi lain yang telah kami kongsikan di sini. Anda boleh mencuba semua resepi ini di rumah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.