Sagu gula melaka ialah puding manis yang dibuat dengan mendidihkan sagu dengan air. Ia biasanya diberi pewarna dan boleh dihasilkan dalam pelbagai cara.

Sagu gula melaka dihidangkan dengan sirap gula melaka dan santan. Boleh divariasikan dengan susu manis. Makin lazat berlemak melekat.

Paling sedap jika makan sejuk-sejuk. Hidangkan sebagai makanan pencuci mulut tengah hari. Sejuk segar dan nyaman, dimakan bersama keluarga, anak-anak pun suka.

Dihidangkan untuk acara kenduri-kendara juga sedap dan lazat. Tetamu gerenti suka dan puas. Jom lihat resepi daripada Raja Amanina di laman Facebook yang telah kami suntingkan dibawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Sagu Gula Melaka

sagu gula melaka

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan sagu,
  • 6 cawan air,
  • Pewarna ikut suka,
  • Warna purple campur daripada pewarna pink dan biru.

Bahan Kuah :

  • 1 tin susu cair,
  • Gula melaka secukupnya,
  • Air 1/2 cawan,
  • 1 helai daun pandan.

Cara-cara :

  1. Mula-mula cuci bersih sagu dan rendam bersama pewarna lebih kurang setengah jam dan toskan.
  2. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan sagu.
  3. Sentiasa kacau-kacau supaya masak sekata hingga tidak ada biji-biji putih.
  4. Untuk kuah. Masak air, gula melaka dan daun pandan hingga larut.
  5. Kemudian sejukkan.
  6. Bila semua bahan sudah siap, boleh sudukan gula melaka ke dalam gelas @ acuan.
  7. Kemudian masukkan sagu dan tuangkan susu cair.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sagu gula melaka, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.