Nyamannya rasa kalau panas-panas dapat menjamah Sagu Gula Melaka. Sejuk tekak jer rasa. Sagu Gula Melaka ini merupakan antara dessert yang popular. Terutamanya di majlis-majlis yang melibatkan orang ramai seperti kenduri, jamuan, catering, hotel dan sebagainya.

Jadi mak-mak yang pening memikirkan nak bawa apa lah untuk jamuan kelas atau sekolah anak-anak, bolehlah jadikan Sagu Gula Melaka sebagai bekalannya. Nak buat pun tak susah. Hanya memerlukan sagu yang telah dimasak, gula melaka, santan atau susu cair. Gabungkan kesemua ini ke dalam satu bekas. Dah siap.

Apa lagi? Bolehlah cuba resepi dari Ayong Chomey. InsyaAllah mudah difahami dan diikuti. Bahan-bahannya pun mudah dicari di mana-mana kedai. Jom baca dan mencubanya.

Resepi Sagu Gula Melaka

Resepi sagu gula melaka
Imej via facebook

Bahan-bahannya:

  • sagu bijisusu cair
  • jagung
  • kacang merah
  • sirap
  • garam dan gula
  • gula merah
  • (sukatan bergantung kepada banyak yang kita nak)

Cara-caranya:

  1. Rendam sagu biji. Paling sekejap 2 jam.
  2. Masak kan air smpai mendidih.
  3. Kemudian masukkan sagu, sedikit sirap, gula dan garam.. 
  4. Kacau sagu-sagu tersebut sehingga masak. Nak tahu masak, sagu yang yang telah masak akan nampak jernih dan hilang warna putih sagu.
  5. Untuk gula melaka,masakkan air pans hingga mendidih. Kemudian masukkan gula melaka dan gula pasir. Kuantiti bergantung kepada kemanisan masing-masing.
  6. Dah siap penyediaan masak-masaknya. Sekarang tinggal untuk menghidangnya.
  7. Untuk nampak cantik, masukkan gula melaka terlebih dahulu, kemudian masukkan sagu yang telah dimasak tadi. Kemudian, tuangkan susu cair atau santan. Dah siap. Nak lagi cantik, boleh letakkan jagung sebagai topping.

Mudahkan? Sekelip mata jer kan dah siap. Sagu Gula Melaka juga boleh dibawa ke ‘picnic’. Bawalah dalam ‘ice box’ untuk kekal sejuk. Yummy. Sedapnya makan desset nih sambil berkelah. Gabungan rasa sejuk, manis, lemak, lembut dengan suasana alam sekitar yang nyaman pasti mampu menenangkan jiwa.

Selain dari resepi Sagu Gula Melaka ini, terdapat juga resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .