Jika ibu buat roti sosej kukus hari ini, esoknya mesti anak akan minta dibuatkan lagi. Bukan hanya anak, encik suami pun juga akan minta dimasakkan roti sosej kukus.

Resepi roti sosej kukus lembut daripada Nur Qistina Rezuan Rezuan yang dikongsikan di laman Facebook ini sangat sayang jika tidak dicubakan. Penyediaannya amat mudah, hanya perlu masa 15 minit sahaja.

Dengan penyediaan yang pantas itu, roti sosej kukus sesuai sangat untuk dijadikan sarapan. Terus dibawa pergi kerja atau sekolah senang dan lazat.

Cara masak dengan kukus semestinya menjadikan roti lebih lembut luar dalam dan sihat kerana tidak menggunakan minyak masak jika mengikut cara digoreng.

Resepi Roti Sosej Kukus

roti sosej kukus

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Roti,
  • Sosej,
  • Cheese slice.

Cara-cara :

  1. Celur sosej sekejap.
  2. Balut sosej dengan cheese slice.
  3. Belah tengah roti.
  4. Masukkan sosej yang dibalut dengan cheese ke dalam roti.
  5. Sapu [email protected]@planta disekeliling roti dan pengukus untuk elak daripada melekat dan roti koyak.
  6. Kukus sehingga semua cheese cair.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti sosej kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.