Teringin nak makan roti sosej cheese kukus yang gebu, lembut dan enak? Boleh lah cuba buat sendiri. Bolehlah dijadikan menu bekal, berkelah. Pastinya, kepuasan makan dari titik peluh sendiri lagi sedap kot. Bahan dan caranya pun mudah. Semudah abc dan 123. Yang paling penting ringkas, mudah dan lazat.

Jom tengok resepi dari  Munierah Rohanie yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku. Pasti jadi enak dan sedap. InsyaAllah sama macam yang dijual di luar tuh. Jom tengok resepinya.

Resepi Roti Sosej Cheese Kukus 

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

1. Roti sosej (tak kisah jenama apa)
2. Ayamas Frankfurter ayam/daging
3. Slice cheese/mozarella
4. Mayonis

Cara-cara penyediannya:

  1. Sosej direbus dulu dan toskan.
  2. Ambil roti belah tengah dan sapukan mayonis di dalam
  3. Kalau suka sos boleh sapu sekali time ni atau nak letak masa lepas masak pun boleh.
  4. Sumbatkan sosej tadi di tengah-tengah
  5. Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian.
  6. Anggaran besar ikut suka hati.
  7. Lapiskan kepingan cheese di bawah dan atas sosej tadi.
  8. Panaskan air periuk kukus, kukus smpai menggelegak dan susun roti tadi dalam periuk. Pastikan air betul-betul menggelegak dan periuk berwap.
  9. Kalau takut roti melekat di periuk boleh letak atas pinggan sebagai alas.
  10. Tutup tudung periuk dan kecikkan api. Kukus selama 2 minit paling maksima atau sampai cheese cair & roti panas & lembut.
  11. Kalau suka boleh picit sos cili / tomato / blackpepper di atas dan terus ngap!

Dah siap. Petik jari jer kan. Hidangan yg mudah, ringkas, cepat, lazat dan kenyang! Apa lagi cepat-cepatlah buatnya. Boleh buat dengan anak-anak.

Selain Resepi Roti Sosej Cheese Kukus ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Dan satu lagi terima kasih lah sebab sudi melawat blog kami nih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .