Anda tercari resepi roti pita yang sedap? Kali ini akan kami kongsikan resepi roti pita sedap mudah daripada Mazira Hassan‎‎ di laman Facebook.

Roti pita selalunya menghiasi tapak makanan di pasar malam. Makan roti pita sekeping dua boleh tahan kenyang dari malam sampai ke pagi.

Roti pita berbentuk bulat. Apabila dihidang selalunya dipotong setengah seperti poket doraemon. Kemudian diisikan inti ke dalamnya.

Roti pita biasanya diisi daging, sayur dan sos ke dalamnya. Ianya jadi tebal, sedap dan mengenyangkan. Isi roti pita menambah kesedapannya.

Malas pergi ke pasar malam, boleh buat roti pita di rumah. Selamat mencuba.

Resepi Roti Pita Sedap

roti pita

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging burger / isi ayam (potong dadu),
  • Sos tiram,
  • Sos cili,
  • Sos lada hitam (serbuk lada hitam),
  • Bawang Holland (potong dadu),
  • Timun (potong dadu),
  • Tomato (potong dadu).
    roti pita

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Goreng daging burger sampai masak.
  2. Keluarkan sekejap.
  3. Tumis bawang holland dalam kuali yang sama sampai wangi dan sedikit layu.
  4. Masukkan balik daging tadi dan sayuran lain.
  5. Tambahkan sos tiram (sedikit saja takut nanti masin).
  6. Masukkan sos cili, sos lada hitam. Kacau sebati. Siap isi.
    roti pita

    Imej via Facebook

  7. Bakar sekejap roti pita, belah dua dan buat poket.
  8. Paipkan mayonis dan masukan inti tadi.
  9. Kalau ingin letak salad kena letak sebelum letak inti.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti pita, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.