Bila bulan puasa roti john adalah antara makanan paling banyak peminatnya bukan? Panjang sungguh orang beratur di bazar untuk beli roti john. Tunggu tup tup sudah azan magrib pula sudah terlepas masa berbuka.

Roti john memang sedap dan mengenyangkan, makan satu saja boleh kenyang. Ia diperbuat dengan roti oblong yang diisi dengan daging kisar, bawang, cili, telur dan sayuran. Tidak hairan roti john ini banyak penggemarnya.

Apa kata kalau anda buat roti john sedap menjilat jari, dengan resepi roti john sedap dan lazat daripada ‎Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ di laman Facebook yang telah kami suntingkan dengan kemas untuk anda.

Lebih berbaloi jika dibuat sendiri, tidak perlu beratur masa beli. Hidangkan untuk keluarga, majlis bersuka ria dan sebagainya. Selamat mencuba.

Resepi Roti John

roti john

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Roti john/roti oblong dibelah tengah,
  • Daging kisar ramly atau daging burger,
  • Bawang merah,cili merah, cili api,
  • 2-3 biji telur,
  • Planta,
  • Sos cili,
  • Mayonis,
  • Thousand island,
  • Timun dan kubis,
  • Sedikit garam.

Cara-cara :

1. Mula-mula satukan telur, daging, bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.

roti john

Imej via Facebook

2. Kemudian sapu roti dengan planta. Ketepikan.
3. Lalu sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan daging tadi dan biarkan daging sampai masak.
4. Tekapkan roti tersebut di atas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
5. Bila sudah masak, baru angkat.
6. Kemudian letak sayur dan sos yang ada.
7. Siap dipotong.

roti john

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti john, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.