Roti jala termasuk makanan melayu yang paling sederhana cara membuat namun rupanya menarik. Dikatakan roti jala sebab makanan ini bentuknya menyerupai jala dan cara membuatnya seperti ‘menjala’.

Namun, pernahkah anda terfikir mencipta dan berkreasi dengan roti jala tersebut? ‎‎Intan Zulhilmi telah mencubanya. Ia membuat roti jala rose dan berkongsikan resepi di laman Facebook. Tentunya bentuk roti jala yang macam ini menarik perhatian ramai dan mendapat banyak perkongsian.

Walaupun tampak sukar, tapi untuk membuat bentuk ros amatlah senang. Di bawah kami jelaskan tahap demi tahap untuk membuat roti jala ros disertakan gambar. Selamat mencuba.

Resepi Roti Jala Ros

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 cawan air,
  • Sebiji telur,
  • Secubit garam,
  • Pewarna makanan,
  • Acuan botol roti jala lubang 1 dan lubang 3. Boleh guna botol plastik dan tebuk lubang sendiri.

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan hingga sekata.
  2. Mulakan dengan gambar bunga.

    Imej via Facebook

  3. Seterusnya bahagian bunga.

    Imej via Facebook

  4. Kemudian buat bahagian daun.

    Imej via Facebook

  5. Gulung bunga ros.

    Imej via Facebook

  6. Siap.

    Imej via Facebook

     

Resepi Menarik Lain

Selain roti jala ros, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.