Ada lebihan kuah kari semalam. Nak habiskan? Tapi tak nak dengan nasi? lempeng pun dah buat? Jadi apa kata buat roti jala pula. Pasti anak-anak suka. Rasanya yang lembut dan bertambah enak dicicah bersama kuah kari. Enaknyaaaa.. Boleh lah jadi menu sarapan atau menu minum petang. Tak payah dah nak fikir nak masak apa atau macam mana nak habiskan karinya. Settle.

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam daripada‎ ‎Ellyin Tan ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang mencubanya nakkan resepinya. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.

Resepi Roti Jala (20-25 biji)

Resepi Roti Jala
Imej via Facebook

Bahan A: Bahan Roti Jala

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning @ apa-apa warna
  • Sedikit garam 
  • 2 sudu besar santan pekat (optional)

Bahan B: Bahan Kari Ayam

  • 1/2 ekor Ayam
  • 3 sudu besar Rempah Kari 
  • 1 sudu kecil Serbuk Cili
  • 1 tangkai Daun Kari
  • 2-3 biji Kentang (potong2 kecil)
  • Air asam jawa (½ sudu besar asam jawa + ½ cawan air) 
  • 1/2 sudu kecil Kerisik
  • 1/2 kotak Santan Pekat @ 1/2 biji kelapa parut
  • 2-3 cawan air

Bahan C: Bahan Kisar @ Hiris

  • 3-4 biji Bawang Merah
  • 2 biji Bawang Putih
  • 1 inci Halia

Bahan D: Bahan Tumis

  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 biji Bunga Lawang
  • 3,4 biji Buah Pelaga

Cara-caranya:

  1. Tumis Bahan D, daun kari dan bahan C sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan serbuk cili.
  2. Tumis sampai pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan sekejap baru masukkan air. Air bergantung selera masing2. Nak pekat atau cair. 
  3. Masukkan ayam dan kentang. Masak hingga ayam empuk.
  4. Masukkan kerisik serta sedikit gula melaka (jika suka) dan santan pekat. Kacau2 sebentar bagi mendidih dan tambahkan garam secukupnya. Dah siap karinya.
  5. Untuk roti jala, semua bahan A dikisar sehingga sebati. Sedia untuk dijala.

Mudahkan? Bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selain resepi Roti Jala ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.