Selamat petang semua. Kali ini kami akan kongsikan resepi berasaskan roti. Resepi roti goreng Cadbury yang mudah. Kudapan ini diperbuat menggunakan 2 bahan sahaja. Menggunakan roti keping gardenia dan coklat Cadbury.

Resepi teramat mudah ini telah mendapat perkongsian sangat ramai, dalam masa yang singkat telah mencecah 114K perkongsian di laman Facebook, resepi dikongsikan oleh Sitjua Jua.

Mesti anda tertanya macam mana boleh kudapan simpel ini menarik perhatian ramai? Semestinya boleh, kerana coklat Cadbury sebagai inti amat berperan menaikkan kualiti kudapan dengan menghasilkan rasa lemak coklat yang manis dan meleleh dalam mulut semasa dikunyah dengan roti lembut di luaran.

Resepi ini sesuai untuk minum petang. Sesiapa yang tengah berdiet dimohon untuk tidak mencuba resepi ini demi mengelak makan yang berlebihan dan terlupa akan diet saking sedapnya kudapan ini.

Resepi Roti Goreng Coklat Cadbury

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Satu bungkus roti,
  • Satu papan coklat Cadbury hazelnut.

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Potong Cadbury, letakkan di tengah-tengah roti.

    Imej via Facebook

  2. Ambil 1 lagi roti tindihkan di atas coklat tadi.
  3. Kemudian ambil cawan yang tajam mulutnya, sila tekapkan. Pastikan ditekap kuat sehingga 2 keping roti tersebut bercantum.

    Imej via Facebook

  4. Tidak perlu letak apa-apa untuk mencantumkan roti. Buat sampai habis.

    Imej via Facebook

  5. Panaskan minyak, pastikan minyak panas kalau tidak nanti roti akan serap minyak.
  6. Tidak perlu goreng terlalu lama dan tidak perlu tenggelam.
  7. Siap.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti goreng Cadbury, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.