Banyak jenis resepi yang boleh dibuat dengan mengolah roti keping Gardenia. Semisalnya saja resepi roti Gardenia sosej cheese yang akan kami kongsikan di bawah ini.

Resepi roti Gardenia sosej cheese sangat mudah untuk dibuat. Jika ada roti Gardenia yang hampir tamat tempoh, anda bole cubakan resepi ini.

Roti gardenia sosej cheese dibuat dengan cara roti dileperkan dan dilapiskan dengan cheese dan sosej. Yang membuat roti makin menarik ialah ianya digulungkan bersama sosej dibalut tepung roti sebelum digoreng.

Rasa kudapan ini rangup dan padat serta cheese yang meleleh dalam mulut sangat meletup di mulut. Sila cubakan resepi roti gardenia sosej cheese yang dikongsikan oleh Jamilah Kak Mel di laman Facebook.

Roti Keeping Gardenia Sosej Cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sosej,
  • Roti keeping gardenia,
  • Kepingan cheese,
  • Bread crumbs,
  • Telur,
  • Lada sulah dan garam secukupnya (optional).

Cara-cara :

  1. Leperkan roti, leperkan guna apa-apa sahaja.
  2. Letak kepingan cheese di atas roti yang sudah dileperkan.
  3. Sosej direbus dulu, toskan baru kemudian letakkan di atas roti.
  4. Gulung roti yang telah dilapis cheese dan sosej sampai abis.
  5. Letak sedikit telur untuk melekatkan hujung gulungan. Pastikan telur dipukul sebati. Kalo ingin bubuh lada sulah dan sedikit garam pun boleh.
  6. Kemudian celup roti gulung tadi ke dalam telur dan golekkan di atas tepung roti.
  7. Sedia untuk digoreng. Pastikan minyak sudah cukup panas, baru digoreng. Tidak perlu goreng sampai renting. Sebab sosej sudah masak.
  8. Goreng sampai nampak warna emas.
  9. Siap. Makan cicah dengan sos cili pun sedap.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi gardenia sosej, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.