Roti canai merupakan sajian sarapan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira usia dan bangsa. Lebih enak lagi jika didatangkan dengan kuah kari serta sambal yang power. Anda nak cuba buat sendiri roti canai untuk keluarga? Takkan setiap hari nak keluar pagi untuk dapatkan roti canai di kedai? Bahan yang diperlukan pun mudah dan jimat! Jom belajar cara-cara pembuatannya dari resepi Noor Syaidah ini. Boleh simpan ‘frozen’. Bila-bila nak makan hanya cuma perlu ‘defrost’ kan jer. Mudah kan?

Resepi Roti Canai

Reseepi Roti Canai
Imej via Google

Bahan yang diperlukan untuk doh:

  • 1. Tiga cawan tepung gandum
  • 2. Setengah cawan minyak masak
  • 3. Satu sudu gula
  • 4. Satu sudu kecil garam
  • 5. Satu cawan air suam

Cara-cara nya:

1. Campurkan tepung dan minyak masak serta ramaskannya sampai sebati.
2. Campurkan garam, gula, serta air suam. Kacau sampai larut.
3. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Gaul sampai melekat sikit sahaja di tangan.
4. Uli doh tersebut secara ‘uli tiga minit,berhenti dua minit’.
5. Uli sampai doh elastik serta tidak melekat di tangan.
6. Bahagikan doh sebesar penumbuk bayi dan selepas itu bulatkan.
7. Rendam pakai minyak masak sampai tenggelam.
8. Peram dalam tempoh masa lebih kurang satu jam sebelum canaikan. Buat malam esok canai lagi sedap.

Tips nak tebar doh roti canai kalau tak pandai tebar (Guna talam dan tarik-tarik)

Resepi Roti Canai
Imej via Facebook

1. Sediakan talam kemudian telangkupkan. Pakai belakang talam.
2. Ambil sebiji doh dan letakkan di atas talam tersebut. Tekan menggunakan tangan sampai leper. Tarikkan sekeliling doh tersebut sampai nipis ke sekeliling talam.
3. Lipat doh tersebut ke bentuk segi empat.
4. Goreng pakai kuali sampai masak.

Dah siap. Takde lah susah sangat pun kan? pejam mata pun boleh buatkan? Dah boleh makan roti canai sebagai sarapan. Kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih.

"

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .