Roti bun inti kacang untuk minum kopi petang-petang. Sedia untuk dihidangkan di atas meja untuk disantap bersama keluarga.

Selain itu, roti bun sedia dihidangkan untuk para tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Roti bun yang diperbuat dengan tepung gandum, telur, gula, susu. Diberi inti kacang merah menjadikan ia terasa manis dan sedap dimakan dengan bun yang gebu.

Di bawah ini kami bentangkan resepi roti bun yang gebu, manis berinti kacang merah yang sedap, mudah dan patut cuba. Resepi didatangkan daripada Cik Su di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Roti Bun Inti Kacang Merah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum 500 gram,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu besar mauripan,
  • 4 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat manis,
  • 2 sudu besar Planta,
  • 1 sudu kecil bread improver,
  • 1 sudu kecil bread softener,
  • Air secukupnya,
  • Inti kacang merah atau sardin.

Cara-cara :

  1. Mula-mula gaul tepung gandum dengan mauripan dan planta.
  2. Kemudian campur telur, susu, gula dan air hingga jadi 300 ml.
  3. Selepas itu masukkan campuran telur kedalam gandum yang telah digaul dengan mauripan dan planta tadi. Gaul sampai jadi doh selama 30 minit.
  4. Perap dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.

    Imej via Facebook

  5. Jika doh sudah naik berganda, tumbuk-tumbuk supaya keluar angin.
  6. Ambil sekepal dan uli, terus masukkan inti kacang atau sardin dan masukkan ke dalam 6 cup muffin pan.

    Imej via Facebook

  7. Bakar di api atas bawah 180°C selama 20-30 minit.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti bun, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.