Selalunya, roti bun hanya boleh didapati di bakeri. Rasanya amat lazat dan ianya boleh dimakan dengan apa apa sahaja. Namun begitu, anda juga boleh menyediakan sendiri roti bun.

Roti bun ini boleh dihidangkan diwaktu minum petang dan dihidangkan kepada sesiapa sahaja. Ianya juga mungkin boleh menjadi pendekatan kepada anak – anak anda untuk makan. Haruman daripada roti bun yang dibakar ini juga dapat menarik minat sesiapa sahaja.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Noorsam Mairan dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook milik beliau.

Resepi Roti Bun

roti-bun
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cwn tepung gandum*
  • 2 sk mauripan
  • 4 sb gula halus
  • 1cwn air suam
  • 1 sk double action baking powder*
  • 2 sb susu tepung*
  • 2 sb majerin/butter
  • 1 biji telur gred A ( gunakan separuh sahaja kerana baki untuk sapu di roti)

Cara – cara memasak:

  1. Bancuh mauripan dan gula dengan air suam biar sampai berbuih
  2. Satukan bahan yang bertanda *. 
  3. Masukkan bancuhan mauripan sikit demi sedikit kedalam tepung dan telur. Kacau dan uli sebati
  4. Masukkan majerin dan uli hingga adunan lembut dan licin.
  5. Perap doh hingga naik 2 kali ganda (dlm 40 minit)
  6. Tumbuk doh dan uli kejap. Bulatkan doh mengikut kesukaan anda.
  7. Griskan loyang masukkan doh biarkan naik 2 kali ganda.
  8. Panaskan oven 190°c 20 minit.
  9. Sapukan doh dgn telur (kalau nak tabur gula dan letak cheese pun ok)
  10. Bakar dalam 20 minit api atas bawah masak hingga kekuningan (mengikut oven anda).
  11. Keluarkan roti dan sapu dengan majerin/mentega.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .