Di negara Arab roti adalah makanan ruji mereka selain daripada nasi. Mereka mempunyai pelbagai jenis roti yang dihidangkan sebagai juadah semasa makan. Tetapi roti yang paling menjadi tumpuan adalah roti arab. Roti arab ini dibuat menggunakan tepung gandum dan dicicah bersama kuah sama seperti kita orang Malaysia yang makan roti cicah kari ayam atau daging.

Sudah semestinya juadah ini dapat menarik minat suami dan anak-anak di rumah. Resepi ini amat mudah untuk dibuat dan hasilnya juga pasti menarik dan sedap.

Resepi roti arab ini telah dikongsikan oleh Mak Uda Intan di laman Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat cara-cara penyediaanya.

Roti Arab

roti arab
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 500 gram tepung gandum
  • 10 gram yis
  • 1 sudu besar tepung
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar planta
  • 230 – 250 ml air air/air suhu biasa jika uli menggunakan tangan.

Cara – cara penyediaannya:

  1. Gaul rata semua bahan sehingga kering.
  2. Masukkan air panas sikit-sikit sehingga jadi doh dan diikuti dengan planta.
  3. Mixer/uli sehingga doh menjadi elastik.
  4. Perap doh sehingga 2 kali saiz asal. Tumbuk-tumbuk dan buang angin doh tersebut.
  5. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang anda ingini dan canai leper dengan api sederhana kecil sehingga kekuningan masak.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.