Terdapat pelbagai jenis buah-buahan di Malaysia. Buah-buahan tersebut uga datang dengan pelbagai jenis khasiat yang sangat baik. Kita dinasihatkan untuk memakan buah-buahan untuk kekal sihat. Buah-buahan juga tidaklah mahal, maka tidaklah rugi untuk kita memakan buah demi untuk menjaga kesihatan.

Tetapi pastinya ramai di antara kita yang sudah jemu memakan buah begitu sahaja bukan? Pada hari ini kita akan membawa resepi kuah rojak buah untuk anda. Pastinya anda dapat menikmati buah-buahan tanpa jemu lagi.

Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi kuah rojak yang telah dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin di laman sosial Facebook yang telah mendapat banyak perkongsian.

Resepi Rojak Buah

rojak buah
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • Gula merah / gula melaka
  • Kicap pekat
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Belacan
  • Asam jawa
  • Cili kering (dikisar)
  • Kacang tanah (dikisar separuh hancur)
  • Sedikit garam
  • Air

Cara – cara penyediaannya:

  1. Campurkan kesemua bahan yang telah disenaraikan di atas kecuali kacang tanah ke dalam periuk.
  2. Gaul sehingga rata.
  3. Kemudian, letakkan di atas dapur. Api sederhana dan kacau sekali sekala sehingga mendidih.
  4. Apabila sudah agak pekat, masukkan kacang tanah dan kacau sehingga rata.
  5. Tunggu sehingga sejuk.
  6. Siap dan boleh dihidangkan!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.