Red Velvet? Dah bosan dengan Kek Red Velvet biasa? Pernah cuba jadikan red velvet ini dalam bentuk brownies cookies? Macam menarik kan? Jom tengok resepi dari Norazieanti Ghazali yang mendapat ribuan ‘like’ di laman Facebook.

Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Brownie cookies nih agak popular juga di kalangan orang muda sekarang. Selain dijadikan snack, cookies ini juga dijadikan sebagai doorgift untuk majlis-majlis tunang, akad nikah, kahwin dan sebagainya. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Untung kan? Apa lagi jom tengok dan cuba resepinya. Pasti suka !!

Resepi Red Velvet Cheese Brownies

Imej via Facebook

Bahan brownies:

  • 120g dark Choc Compound (beryls)
  • 170g salted butter 
  • 350g gula castor 
  • 4 biji telur A 
  • 1 sk cuka makan
  • 2 sb pewarna merah (bright red)
  • 1 sk esen vanila 
  • 190g tepung gandum 
  • 1 1/2 sk baking powder 

Cara penyediaannya:

  1. Cairkan choc & butter (double boil).
  2. Ayak tepung gandum & baking powder
  3. Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah, cuka. Kacau sebati & masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1sb untuk melorek atas brownies. 
  5. Guna loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk keluarkan lepas brownies masak. 
  6. Tuang adunan brownies & bancuh adunan cheese.

Bahan cheese

Cara penyediaan cheese:

  1. Campur cheese, gula, air perahan lemon. Putar sehingga lembut & tidak berketul. 
  2. Masukkan telur putar sebati. 
  3. Tuang atas adunan brownies sikit-sikit menggunakan senduk/sudu. 
  4. Akhir sekali adunan brownies 1sb yang diasingkan tadi lorek menggunakan lidi/chopstick. 
  5. Bakar rak tengah suhu [email protected] selama 40-45min. (Kenali oven sendiri)

PS : Untuk ukuran cupcake saiz S. 1 sb adunan brownies 1/2 sb adunan cheese. Bakar 20-30minit.

Dah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Pejam mata pun boleh buatkan? Dah boleh makan Red Velvet Brownie cookies walaupun tak keluar rumah. Bolehlah cuba resepi nih dan kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .