Puteri Ayu. Secantik namanya seindah rupanya. Kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran ramai. Gebu gebas je. Kuih ni senang jer nak membuatnya. Bahan-bahan pun mudah. Tambahan lagi, sekali buat boleh dapat banyak biji tau.

Campurkan bahan-bahan seperti tepung, gula, telur, santan atau susu. Kacau adunan sehingga sebati. Mampatkan kelapa parut yang telah digaul dengan tepung ubi, gula dan garam ke dalam acuan. Kemudian, masukkan adunan tepung di atas kelapa sebelum dikukuskan.

Tanpa membuang masa mari sama-sama kita lihat resepi puteri ayu yang dikongsikan oleh ALeen Aireish. Resepi ini bolehlah dapat dalam lebih kurang 40 biji. Apa lagi? Jom mencubanya. Masa itu emas kan?

Resepi Puteri Ayu

resepi puteri ayu
Imej via resepimudah

Bahan-bahan A :

  • 4 biji telur
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 tsp ovalette
  • ** pukul kembang putih gebu-mixer

Bahan-bahan B :

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 tsp baking powder
  • **boleh juga guna tepung naik sendiri
  • **bahan kering diayak sekali

Bahan C – cecair : 

  • 2 cawan fresh milk
  • ** boleh juga guna santan & susu cair

Untuk Perasa & Warna :

  • paste pandan – perwarna hijau
  • paste keladi – perwarna ungu
  • serbuk coklat 
  • [jika inginkan rasa pandan semua, paling elok guna daun pandan yg diramas bersama dengan santan, terasa ori nya]

Untuk kelapa :

  • kelapa putih secukupnya
  • tepung ubi
  • garam halus
  • ** campurkan sekali gaul mesra, tepung ubi & garam tu agak-agak.

Cara-cara penyediaannya:

  • Masukkan bahan B dan bahan C secara selang-seli ke dalam Bahan A. Masukkan sehingga bahan-bahan habis. Setiap kali selepas masukkan bahan, kacau adunan sehingga sebati.
  • Sediakan acuan puteri ayu.
  • Panaskan air kukusan.
  • Sapukan acuan dengan minyak
  • Isikan kelapa dalam acuan, tekan2 kan supaya mampat.
  • Adunan yang sudah siap dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dapatkan warna yang berbeza. Masukkan pewarna atau perasi yang dikehendaki. Pilihan masing-masing. Terpulang.
  • Dah siap boleh lah masukkan adunan ke dalam acuan yang telah dimampatkan dengan kelapa tadi.
  • Kukus lebih kurang 7 minit dan sedia untuk dihidang.

Mudahkan? Senang dan pasti sedap sehingga menjilat jari. Selamat mencuba resepi Puteri Ayu. Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.