Enaknya rasa puding laici nih? Rasanya yang manis, ditambah tekstur nya yang lembut dengan pelbagai rasa mampu membuatkan si pemakan terasa indahnya dunia. Tambah-tambah jika makan ketika ianya sejuk. Lagilah terasa keenakkannya. Tak boleh nak berhenti tau. Itu orang dewasa, kanak-kanak apatah lagi kan? Lagilah nak lagi dan lagi.

Sekarang nih banyak serbuk-serbuk puding yang pelbagai perisa dan jenis di pasaran. Terlalu banyak pilihan. Tapi kalau ada mak-mak yang nak mencuba resepi puding laici tanpa serbuk , boleh lah gantikan dengan agar-agar tali. Bolehlah buat dalam kuantiti yang banyak. Cara ini adalah lebih mudah, jimat dan sedap. Serious tak menyesal.

Sesiapa pun boleh cuba membuat Puding Laici versi agar-agar ini. Jadi, jom cuba membuatnya menggunakan resepi dari Norita Ahmad. Walaupun untuk ‘first timer’. Jangan risau! Resepinya sangat mudah. Tak ‘complicated’ pun. Hanya campur-campur, kacau dan tunggu sejuk dan keras sedikit. Dah siap. Apa lagi. Jom tengok resepinya.

Resepi Puding Laici Berkuah

Resepi Puding Laici
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 2 lite air 2 cawan gula
  • 2 tin laici
  • 1 tin susu cair

Cara-caranya:

  1. Masak air dengan gula sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar bersama air laici sedikit (1/4 atau 1/2) dan masukkan susu cair.
  3. Kacau-kacau dan tutup api.
  4. Tinggalkan lebihan air laici untuk diletakkan atas puding tuh nanti.
  5. Basahkan acuan dan tuang dalam acuan.
  6. Biarkan sejuk dan sedikit keras. Kemudian, baru tuang air laici sedikit demi sedikit ke atas puding tadi.
  7. Taburkan laici.
  8. Sejukkan dan siap.

Dah siap. Sedia dihidang. Selamat mencuba. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin menjamu seisi keluarga mahupun yang ingin mencari pendapatan sampingan. Boleh lah kalau nak jual kat rakan kat opis, kat jiran-jiran. Kalau rajin memang boleh buat duit.

Selain resepi puding laici ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.