Puding Karamel Kukus kalau dimakan sewaktu sejuk amat lazat dan menyegarkan. Rasanya yang manis beserta dengan karamel yang pahit amat melengkapkan selera kita.

Cara pembuatan puding karamel kukus juga amat mudah untuk disediakan. Selain itu, puding karamel kukus juga boleh dimakan oleh seisi keluarga.

Jom kita lihat resepi puding karamel kukus yang telah dikongsikan oleh Nadia dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Puding Karamel Kukus

puding-karamel-kukus
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan karamel:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas

Bahan puding:

  • 8 biji telur gred A
  • 8 sdb gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 2 sdt esen vanilla
  • 1 sdb tepung jagung

Cara penyediaan:

Untuk karamel:

  1. Masak gula dengan api sederhana.
  2. Biarkan sehingga gula cair dan keperangan.
  3. Tutupkan api.
  4. Masukkan air panas tadi dan kacau sehingga larut.
  5. Biarkan sejuk seketika.

Untuk puding:

  1. Satukan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan adunan kedalam loyang yang berisi gula karamel tadi.
  3. Kukus dalam 30 minit.
  4. Siap!

Nota: Kalau masukkan kedalam peti ais sekejap lagi sedap!

puding-karamel-kukus
image via Facebook

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.