Puding caramel selalu dijadikan sebagai pemanis mulut kegemaran ramai. Gabungan rasanya yang lemak bersama gula hangus memberikan rasa umph, tambah-tambah jika dimakan dalam keadaan sejuk. Sekali suap pasti nak lagi dan lagi. Sedar-sedar dah habis puding nya.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding ini tidaklah banyak dan leceh. Cara-caranya pun mudah. Hanya campur-campur dan kukus sahaja. Mudahkan. Sudahlah enak, mudah pula tuh. Sangatlah sesuai untuk dibawa sekiranya ada ‘pot-luck’. Tak payah susah-susah nak fikir.

Cumanya, bagi sesiapa yang tidak boleh makan telur atau tidak tahan bau hanyir telur, tapi masih teringin nak makan puding caramel. Bolehlah cuba resepi dari Syazlin Mansor. Resepinya tidak menggunakan telur walaupun sebiji. Jom cuba resepi nya

Resepi Puding Caramel Tanpa Telur

Resepi Puding Caramel Tanpa Telur
Imej via Facebook

Bahan-bahan Gula Hangus:

  • Gula (kuantiti bergantung pada acuan)

Bahan-bahan Puding:

  • Agar-agar tali 1 bungkus
  • Gula 1/2 cawan
  • Susu cair 1 tin
  • Susu pekat 1 cawanp
  • Esen vanilla
  • Tepung kastard 3 sudu

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, sediakan gula hangus dulu. Caranya, masukkan 4 sudu besar gula dalam loyang (kuantiti bergantung pada acuan).
  2. Panaskan atas api sampai cair dan perang. Ketepikan.
  3. Seterusnya, masak agar-agar hingga hancur. Sukatan air, penuh plastik agar-agar tersebut. Jangan lupa kacau ya.
  4. Bila agar-agar sudah larut kesemuanya, bolehlah masukkan kesemua bahan untuk puding yang lainnya. Jangan lupa kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  5. Tutup api dan tuangkan sambil menapis adunan puding ke dalam loyang/acuan gula hangus.
  6. Sejukkan sebentar dan bolehlah masukkannya ke dalam peti sejuk.
  7. Bolehlah potong bila agak-agak puding caramel dah rasa ok untuk dimakan (tak lembik sangat)

Tak susah pun kan. Bolehlah mencuba Resepi Puding Caramel Tanpa Telur ini. Sedap, cantik, licin dan tidak berlubang-lubang. Oh ya, kami ada juga berkongsi resepi untuk menu yang lain juga. Boleh baca dan mencubanya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .