Puding ialah hidangan pencuci mulut yang manis dan segar. Puding diperbuat daripada serbuk agar agar atau jelly, santan dan susu. Puding yang lembut dan manis ini diolah dengan cara dikukus atau direbus dan ada juga dibakar.

Terdapat beragam jenis topping puding seperti buah, roti, yogurt, coklat dan sebagainya. Puding penuh citarasa manis dan lebih lembut berbandingkan agar agar dan jelly.

Selepas dimasak, puding hendaknya disimpan dalam peti sejuk supaya ia tidak cair, kekal segarnya dan teksturnya tidak berubah.

Berikut di bawah ini telah kami sediakan resepi puding buah peach yang segar dan patut cuba. Resepi puding buah dikongsikan oleh Nor Azlin Ahmad Hamizan di laman Facebook. Sila cuba.

Resepi Puding Buah Peach

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 paket serbuk agar agar (10 gram),
  • 4 cawan air,
  • 1 cawan gula,
  • 1 tin susu cair,
  • 1 tin besar buah peach,

Cara-cara :

  1. Buah peach sajat airnya. ¾ buah dipotong dadu, ¼ lagi dihancurkan. Ketepikan.
  2. Kemudian masak air, gula dan serbuk agar agar sehingga mendidih.
  3. Masukkan susu cair. Masak sekejap. Tutup api.
  4. Lalu masukkan buah peach yang telah dipotong dadu dan dihancurkan tadi.
  5. Seterusnya basahkan loyang. Tuang adunan puding. Biarkan wap panas hilang.
  6. Sejukkan  puding dalam peti ais.
  7. Boleh hiaskan dengan kepingan buah peach dan buah lain.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puding buah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.