Kulit popia sangat banyak gunanya. Banyak jenis pelbagai hidangan boleh dibuat dengan bahan asas kulit popia. Kali ini kami akan kongsikan resepi viral 3 bahan iaitu resepi popia coklat. Siapa belum cuba resepi ini? Jom kita buat sama-sama.

Dengan hanya 3 bahan sahaja, boleh menghasilkan kudapan yang seronok. Antara bahan yang digunakan ialah kulit popia, coklat bar, dan minyak masak untuk menggoreng. Kira hanya 2 bahan penting dia, lagi senang bukan?

Untuk keraskan coklat, popia coklat boleh letak dalam peti ais atau boleh letak pada suhu bilik sahaja. “Tapi nak pesan kalau letak atas meja tak tahan lama, takut cepat habis je, hehe” kata Sofia Ahmad yang berkongsikan resepi di laman Facebook.

Resepi Popia Coklat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kulit popia,
  • Coklat bar,
  • Minyak masak untuk goreng kulit popia dan letak sedikit dalam coklat.

Cara-cara :

  1. Gulung kulit popia.
  2. Hujung gulungan dilekatkan sedikit dengan gam (air+tepung gandum sedikit ).
  3. Potong serong halus-halus dan goreng hingga keperangan.
  4. Sambil tunggu popia sejuk, buat coklat. Cairkan coklat bar dalam 1 cawan (kaedah double boiler) atau ikut agak-agak boleh salut untuk popia tadi.
  5. Campurkan 3 sudu besar minyak masak ke dalam coklat. Kacau sebati.
  6. Biar coklat sejuk sedikit.
  7. Kemudian gaul sebati coklat dan popia tadi. Letak dalam balang. Siap.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi popia lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.