Bercakap sahaja mengenai popia mesti teringat popia basah dan popia goreng. Semestinya sedap jika dapat menjamu popia ini panas-panas selepas baru dimasak. Pada hari ini, kita tidak akan berkongsi resepi popia cendawan cheese. Jika anda adalah peminat popia dan cheese, anda digalakkan untuk mencuba resepi ini.

Popia cendawan cheese ini bolehlah dihidangkan semasa anda sedang beristirahat di rumah pada hujung minggu bersama seisi keluarga. Mari kita lihat resepi popia cendawan cheese ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Danish Harraz dan telah mendapat banyak perkongsian dan like di laman sosial Facebook.

Resepi Popia Cendawan Cheese

popiah cendawan cheese
image via FeezaLovelyKitchen

Bahan – bahan:

  • 2 paket chicken fillet dipotong dadu
  • 1 tin Campbells Cream Of Mushroom soup
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu
  • 1 tin hirisan cendawan butang
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3-4 keping cheddar/mozarella cheese
  • 1 cawan carrot dipotong memanjang
  • Sedikit cayenne pepper
  • Sedikit minyak masak

Cara – cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dalam frying pan.
  2. Kemudian masuk kan bawang cincang dan goreng sampai agak kekuningan.
  3. Masuk kan pula isi ayam, dikacau dan biarkan sekejap.
  4. Kemudian masuk cream of mushroom, kacau rata.
  5. Masukkan pula susu segar, dikacau sebati, masukkan pula hirisan mushroom dan carrot atau apa-apa veggies yang digunakan.
  6. Kemudian masukkan cheddar/mozarella cheese. Kacau sehingga cheese cair dan rata dan biarkan ianya sedikit kering.
  7. Tutup api dan perisa kan dengan serbuk cayyene pepper atau black pepper.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat banyak lagi resepi lain yang menarik yang telah kami kongsikan di sini. Sila lihat resepi-resepi tersebut di pautan di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan-rakan anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.