Mencari resepi popcorn yang sedap dan menarik? Makan popcorn memang boleh jadi ketagihnya. Tidak hanya dalam kalangan kanak-kanak sahaja, namun orang dewasa juga sukakan popcorn.

Boleh dikatakan camilan yang paling menarik untuk kanak-kanak ialah popcorn kerana rasanya sedap, manis, aromanya wangi dan sangat menggoda selera.

Orang dewasa pula tanpa terkecuali sangat menyukai popcorn. Kebiasaannya popcorn dibeli masa tengok wayang. Harganya pula tidak perlu ditanyakan kerana memang lumayan agak mahal bukan?

Apakata kalau anda buat popcorn sendiri. Kami ingin berkongsikan resepi popcorn mudah. Tak perlu pergi pasar dan tak perlu beli mahal. Cukup tengok resepi perkongsian ramai popcorn daripada Fariza Rahman‎ di laman Facebook.

Boleh menyesuaikan rasa jika anda ingin lebih manis ataupun beri pewarna yang berbeza seperti merah, hijau dan lain-lain. Kalau beli di pasar kadang gulanya tidak sekata bukan? Rasanya pula kurang manis dan tidak memuaskan. Kalau buat buat sendiri lebih puas tentunya. Selamat mencuba.

Resepi Popcorn Mudah dan Sedap

popcorn

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ½ cawan popcorn (beli di kedai bakery atau pasaraya),
  • ½ cawan minyak masak.

Cara-cara :

  1. Mula-mula satukan kedua-dua bahan dalam kuali menggunakan api kecil. Jangan lupa tutup nanti terpelanting. Nanti akan terdengar bunyi macam orang menembak.
  2. Kalau bunyi sudah senyap maknanya popcorn sudah kembang.
  3. Tutup api dan masukkan popcorn ke dalam bekas lain.

Bahan Sira Popcorn :

  • 1 ½ cawan gula,
  • 2 sudu besar majerin atau butter,
  • Pewarna (boleh letak ataupun tidak),
  • 1 sudu KFC baking powder untuk bagi rangup (boleh letak ataupun tidak).

Cara Membuat Sira Popcorn :

  1. Masukkan gula dalam kuali dan jangan ada setitik air pun.
  2. Masak menggunakan api kecil dan sentiasa kacau sampai gula larut.
  3. Bila sudah larut masukkan majerin/butter, pewarna dan baking powder. Sentiasa kacau.
  4. Kemudian masukkan popcorn tadi. Jangan tutup api karna takut tidak sekata.
  5. Bila sudah sekata barulah tutup api.
  6. Sejukkan. Siap dan sedia untuk dimakan.

Tips: Masak sira jangan terlalu lama takut rasa pahit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi popcorn, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.